04 June 2013

Siswa cuba ledak "Ubah" Universiti Malaya



Slogan Ubah terus meledak di Universiti Malaya selepas PRU13 dianggap seleweng demi meniupkan  roh perubahan dalam kampus yang menjulang budaya 'TRADISI MENGGUGAT'.

Slogan "UBAH" yang berjaya disemarak oleh pembangkang Pakatan Rakyat sampai menjerut Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri minoriti dengan 47 peratus undi rakyat cuba diledakkan sekali lagi di Universiti Malaya (UM) sempena Minggu Haluan Siswa 2013 (MHS) akan datang.

Vince Tan
Pengurus projek Ubah MHS 2013, Vince Tan berkata, kempen tersebut sebenarnya membabitkan pelajar Fakulti Undang-Undang  yang mengambil kelas projek International Humanitarian  Rights Law (IHRL) di bawah kendalian pensyarah Dr Azmi Sharom.

Menurut siswa tahun 2 itu lagi, Edmund Bon turut memainkan peranan penting dalam projek kelas tersebut berdasarkan pengalaman peguam hak asasi manusia terkenal itu semasa menggerakkan operasi NGO UndiMsia baru-baru ini.

"Antara tuntutan kempen ini adalah untuk menghapuskan indoktrinisasi terhadap mahasiswa-mahasiswi (freshes) semasa MHS," ujar beliau melalui emel petang tadi.

Beliau berkata, pihaknya akan menghantar satu memorandum berwajib kepada pentadbiran universiti supaya proses indoktrinisasi dalam MHS lepas seperti ceramah penasihat Perkasa, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Raja Nong Chik (pemimpin Umno Lembah Pantai) di Dewan Tengku Canselor (DTC) tidak berulang lagi.

Memo bantah Cheers diserah kepada pegawai HEP.
Ujar beliau, pihaknya akan bekerjasama dengan Pro Mahasiswa (Pro-M) untuk merealisasikan projek tersebut sebagai solidarity gathering.

Itu, termasuk mengurangkan tradisi tidak intelek seperti cheers dan diganti dengan budaya team building demi memartabat kembali status mahasiswa setinggi hasrat penubuhan universiti tertua tanah air berkenaan.

Perkembangan terbaru ini dijangka akan menarik perhatian Umno Barisan Nasional untuk menggandakan tekanan terhadap mereka sebagaimana yang dilakukan ke atas rakyat pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sekarang. -END

No comments:

Post a Comment