14 May 2013

Ust Azizan Razak kian sihat petang ini

Alhamdulillah. Ustaz Azizan Razak sehingga petang ini dilaporkan kian sihat.

"Setakat petang ini, Ustaz hanya ada satu jenis ubat untuk naikkan tekanan darah, berbanding kelmarin (dengan) 4 jenis (ubat).

"Esok, nak off alat bantuan pernafasan dan juga nak off 2 jenis ubat anti sedation," ujar seorang pembantu perubatan kanan menerusi WhatsApp.

Terdahulu, bekas menteri besar Kedah itu dikejarkan ke Hospital Besar Pulau Pinang ekoran kompilasi jantung.

Bekas pesuruhjaya Pas Kedah berkenaan kemudiannya diserang jangkitan kuman hatta kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong.

Semoga Allah memberi kesihatan kepada Ustaz Azizan. Amin.

No comments:

Post a Comment