31 May 2013

Tetap laksana GST selepas kaji

Pentadbiran 'Perdana Menteri Minoriti' Datuk Seri Tun Razak tidak akan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dalam masa terdekat, tetapi, akan tetap mengenakan cukai baru itu ke atas rakyat.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berdalih, Kerajaan Umno BN Pusat masih mengkaji cukai itu kononnya demi memastikan tidak membebankan rakyat.

"Kita harus melihatnya secara menyeluruh bukan semata-mata kerana (sumber) pendapatan Kerajaan, sebaliknya perlu mengambil kira manfaat dan faedahnya kepada rakyat," ujar beliau di Cyberjaya.

No comments:

Post a Comment