29 May 2013

Imbau ISA sebelum zalimi rakyat, DAP nasihat Zahid

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang baru dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri baru dinasihat supaya berhenti menzalimi rakyat.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong menasihat demikian ekoran pendakwaan enam pemimpin Pakatan Rakyat di Mahkamah di bawah Akta Perhimpunan Aman 2011.

Mereka yang didakwa adalah Nik Nazmi Nik Ahmad, Thomad Su, Mohammad Anuar Zakaria, Nazree Yunus dan R.Yuneswaran.

"Berhenti menzalimi rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat.

"Saya menyeru Ahmad Zahid Hamidi (agar) mengimbas kembali detik-detik beliau menjadi mangsa undang-undang zalim ISA dahulu," ujar Steven melalui emel kelmarin.

Bendahari DAPsy Pulau Pinang itu berkata, Ahmad Zahid sepatutnya lebih berimbang rasa memandangkan beliau sendiri pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1997 semasa mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perkembangan terbaru itu, katanya lagi, menyerlahkan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang menggantikan Seksyen 27 Akta Polis 1967 tidak membawa pada pembaharuan demokrasi pada keharmonian rakyat.

Mengulas mengenai Pakatan Rakyat mendapat 51 peratus undi popular, beliau berkata, "majoriti rakyat Malaysia inginkan negara yang betul-betul demokrasi, bukan kuku besi." -END

No comments:

Post a Comment