15 May 2013

Guan Eng jemput Pengerusi SPR ke forum Undi Popuar PRU13 P.Pinang esok

DARI KIRI: Mohd. Rashid Hasnon, Lim Guan Eng dan Chong Eng (Exco Belia & Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti dan Keseniaan) dalam sidang media selepas majlis jamuan tengah hari Kerajaan Negeri, petang semalam.  | Foto: Arkib Buletin Mutiara

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dipelawa menjadi panelis forum "Fakta Sebenar Pakatan Rakyat Menang Undi Popular PRU13" di Komtar, George Town Pulau Pinang 8.30 malam esok.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata demikian sebagai reaksi pada cabaran Datuk Ahmad Maslan (Ketua Penerangan Umno) Isnin lepas.

Beliau berkata, Abdul Rashid wajar tidak menolak pelawaanya itu memandangkan Pengerusi SPR itu menyertai sesi penerangan selama kira-kira dua jam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dekat Kuala Lumpur yang membabitkan Ahmad Maslan sendiri serta jentera Penerangan Umno dari seluruh negara baru-baru ini.

"Kerajaan Negeri telah memulakan proses menubuhkan suruhanjaya siasatan bagi pihak negeri Pulau Pinang untuk menyiasat tentang kesalahan pilihan raya, khususnya (mengenai) politik wang dan politik ugutan.

"Kita (Kerajaan Negeri) harap dia akan datang untuk jawab perkara berbangkit," ujar Guan Eng dalam satu sidang media selepas majlis jamuan rasmi Kerajaan Negeri di Komtar, semalam.

Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P.Ramasamy, Exco-Exco Kerajaan Negeri, kesemua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Ketua-Ketua Jabatan dalam Kerajaan Negeri turut hadir pada majlis harmoni itu.

Guan Eng berkata, Timbalan Ketua Menteri 1, Mohd. Rashid Hasnon akan menulis surat jemputan serta-merta bagi mamastikan hasrat Kerajaan Negeri diterima oleh SPR.

Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Dr. Ong Kian Meng (Ahli Parlimen Serdang) dan Dr. Dzulkefly Ahmad (bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor merangkap Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, PPPP) adalah panelis dalam forum kendalian Zairil Khir Johari (Ahli Parlimen Bukit Bendera) tersebut.

Terdahulu, Pakatan Rakyat meraih 89 kerusi Parlimen dengan undi popular terbanyak, iaitu berjumlah 51.3 peratus.

Manakala, Barisan Nasional pula mendapat 113 kerusi Parlimen sungguhpun undi minoriti parti pemerintah itu hanya 48.7 peratus.

Sistem Elektoral atau Undi Kerusi telah memberi kelebihan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik semula menjadi perdana menteri serta menubuhkan Kerajaan Pusat. -END

LIM Guan Eng (kiri) mendengar perkongsian idea timbalannya, Prof. Dr.P.Ramasamy. 

MOHD. Rashid Hasnon semasa menyampaikan ucapan berkata, pengalamannya dalam dunia industri perkilangan serta pernah menjawat Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) diharap menjadi bekal yang baik untuk menguat lagi kepemimpinan Kerajaan Negeri.

DR. Afif Bahardin (kiri) adalah YB baru bagi kawasan DUN Seberang Jaya yang dilantik sebagai  Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan. Manakala, Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh (tengah) terus diberi mandat sebagai ADUN Datuk Keramat dan baru dilantik sebagai Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan. ADUN Batu Lancang, Danny Law Heng Kiang kekal dilantik sebagai Exco Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan. Gandingan muka 'baru' dan 'lama'.

MUKA baru dan lama yang bergelar YB dalam Jamuan Tengah Hari Ketua Menteri Y.A.B Tuan Lim Guan Eng bersama-sama Wakil Rakyat (ADUN dan Parlimen) serta Ketua-Ketua Jabatan Dalam Kerajaan Negeri, tengah hari semalam.

No comments:

Post a Comment