14 May 2013

DAP P.Pinang rai 1,000 sukarelawan PRU13

Hampir 1,000 sukarelawan DAP Pulau Pinang malam ini bersilih ganti diraikan dalam jamuan malam bersama Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng dan isteri, Betty Chew di Dewan Bandaran Cina Pulau Pinang, George Town.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow serta seluruh kepemimpinan eksekutif negeri turut hadir pada keraian harmoni.

"BN tidak mungkin mampu rampas Pulau Pulang kerana rakyat bersama-sama memimpin Pulau Pinang yang lebih baik sekarang," kata pengerusi majlis keraian, Chris Lee di sini.

Paling menarik, dilihat, ada sukarelawan mengambil kesempatan untuk mendapatkan tandatangan kenang-kenangan pada baju anak-anak mereka.

Kon Yeow berkata kejayaan luar biasa DAP dalam pilihan raya umum baru-baru ini antaranya disebabkan pasukan sukarelawan yang hebat serta ikhlas bekerja untuk cita-cita rakyat.

Justeru, peranan sukarelawan wajib diiktiraf oleh semua pihak.

"Persaingan (PRU13) kali ini adalah cukup sengit. Kekuatan utama DAP adalah sukarelawan yang mempunyai semangat jitu yang tinggi.

"Inilah kejayaan yang akan terus memajukan rakyat dalam PRU14 nanti," ujar Kon Yeow.

"Ini (PRU13) adalah sejarah kempen terbaik sejak (DAP ditubuhkan pada tahun) 1969.

Nada yang sama turut diluah oleh Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang kemudiannya.

"Dan lebih penting adalah adalah (sukarelawan) di depan ini yang mencipta sejarah tidak ternilai ini," ujar Guan Eng.

No comments:

Post a Comment