07 May 2013

Sentimen anak tempatan Balik Pulau menebal, 'Pengantin' Bayan Lepas tak berseri

ANALISIS PRU13

P53:  PARLIMEN BALIK PULAU
Jumlah pengundi:49,641
Komposisi: M (63.43%), Cina (32.07%), India (4.12%), L (0.38%)  
Datuk Seri Dr Hilmi Yahya 22,318
Muhammad Bakhtiar Wan Chik 20,779
Majoriti: 1,539              Undi Rosak: 612
Jumlah undi: 43,709       % undi: 88.20
2008: Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff 
Majoriti: 708

N38 Dun Bayan Lepas
Jumlah pengundi:21,277
Komposisi: M (63.85%), Cina (30.70%), India (5.04%), L (0.04%)  
Nordin Ahmad 9,408
Asnah Hashim 8,950
Vellutham Arumugam 126
Majoriti: 458                 Undi Rosak: 281
Jumlah undi: 18,765       % undi: 88.30
2008: Syed Amerruddin Syed Ahmad
Majoriti: 399

N39 Dun Pulau Betong
Jumlah pengundi:15,316
Komposisi: M (62.50%), Cina (33.59%), India (3.50%), L (0.41%)  
Sr. Muhamad Farid Saad 6,852
Mohd. Tuah Ismail 6,457
Majoriti: 395                 Undi Rosak: 0
Jumlah undi: 13,309       % undi: 88.40
2008: Sr. Muhamad Farid Saad 
Majoriti: 294

N40 Dun Teluk Bahang
Jumlah pengundi:13,048
Komposisi: M (63.82%), Cina (32.50%), India (3.36%), L (0.32%)  
Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah 6,034
Datuk Abdul Halim Hussain 5,233
Majoriti: 801                 Undi Rosak: 161
Jumlah undi: 11,434       % undi: 87.80
2008: Datuk Seri Dr Hilmi Yahya 
Majoriti: 465

Mana-mana tempat berkempen, Bakhtiar kata Yusmadi sebagai anak tempatan tak patut menang sedikit. Bakhtiar kata dia yakin boleh menang dengan majoriti yang besar kerana sentimen anak tempatan bukan lagi de facto menang kalah musim PRU13.

Apa yang berlaku, Bakhtiar berjaya menggandakan kekalahan PKR berbanding majoriti 708 undi yang diraih Yusmadi.

Jika dihitung pada majoriti tewas di ketiga-tiga Dun seakan menyamai jumlah majoriti tewas Bakhtiar, iaitu 1,539 undi.

PRU12 dulu, Pakatan Rakyat turut tewas di Bayan Lepas, Pulau Betong dan Teluk Bahang. Tetapi, Yusmadi menang di Parlimen.

Kalau ikut logik akal, patut Yusmadi tewas tanding di parlimen kerana trend pengundian di ketiga-tiga Dun tewas di tangan Umno.

Ini memberi gambaran, sentimen anak tempatan serta kekuatan peribadi Yusmadi itu sendiri lebih melatari trend pengundi di Balik Pulau berbanding sentimen kepartian politik.

PRU13 pun, trend itu tidak berubah nampaknya di Balik Pulau. Bakhtiar gagal mempertahankan mandat yang Yusmadi cipta pun disebabkan kegagalan PKR membaca trend unik di parlimen itu.

Cikgu Asnah sudah bertanding atas tiket PAS di Bayan Lepas dua kali berturut-turut.

PRU12 (2008), beliau tewas dengan majoriti undi 399. PRU13 sekarang, beliau tewas dengan 458 majoriti undi.

Post-Moterm PRU12 antara lain menyebut peti undi Sungai Ara boleh beri undi kepada Yusmadi, tetapi tidak kepada beliau.

Ekoran itu, disimpulkan, trend pengundian Cina di situ tolak Cikgu Asnah.

PRU12 bukan pilihan raya biasa. Pilihan raya itu Tsunami Politik yang menyaksikan Cina berbondong-bondong menyokong Pakatan Rakyat termasuk PAS.

PRU13 ini seakan menunjukkan trend Melayu pun tolak Cikgu Asnah sebab undi popular Cina kepada DAP demi mempertahankan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melonjak naik.

Mengapa Cina dingin dengan Cikgu Asnah?

"Kalau pengantin tak cun, tak guna kenduri sungguhpun mak andam power (serta) lauk tukang masak masak sedap," kata pemimpin PAS Kawasan Bayan Lepas.

Kalau PAS nak tewas dalam PRU14, Pesuruhjaya PAS Datuk Salleh Man kena letak 'pengantin lama'. Itu respons saya.

Mohd Tuah Ismail dikatakan mempunyai kekuatan pengaruh peribadi terkuat berbanding Bakhtiar, Cikgu Asnah dan seorang lagi, Datuk Abdul Malik Kassim. 

Saya pun pening apabila menyaksikan orang macam Mohd Tuah boleh tewas.

'DAP Melayu' Khairul Ishak kata, "lawannya (iaitu Farid) seorang yang bekerja kuat sungguhpun dia Umno."

Saya balas, "Umno Teluk Bahang bukan kerja kuat pun, kenapa Datuk Abdul Halim Hussain tak menang?"

"Itu kena tanya pengurus kempen calon PKR di (Dun) Teluk Bahang," balas saya, malas nak berbincang panjang dengan seorang jentera Bakhtiar sebab dah lewat malam tadi.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus