31 May 2013

50 bersolidariti untuk Safwan Anang di P.Pinang

Lebih 50 aktivis melancarkan himpunan aman di Bulatan Bukit Tengah dekat Bukit Mertajam sebagai solidariti menyokong perjuangan Safwan Anang berdepan dengan kezaliman Akta Hasutan.

Aktivis mahasiswa itu dijulang sebagai simbol perjuangan kebenaran apabila berani untuk tolak dari diikat jamin.

Bendahari DAPsy Pulau Pinang, Steven Sim Chee Keong berkata, orang seperti Safwan yang tidak bersalah tidak perlu tunduk kepada undang-undang yang salah, iaitu Akta Hasutan.

"Demokrasi di Malaysia, orang yang bercakap benar akan dianggap salah. Orang yang salah tidak akan dianggap salah.

"Kita akan teruskan solidariti ini dengan berani menyuarakan kebenaran kerana Safwan Anang mengajar kita semua untuk jadi berani," ujar Ahli Parlimen Bukit Mertajam di Bulatan Bukit Tengah, malam tadi.

Adun Machang Bubok, Lee Khai Loon, Amir Ghazali (Ketua AMK Pulau Pinang), Kin Yin (Setiausaha DEMA), Ahmad Tarmizi Abdullah (Bantah Anugerah KeRakyatan Asing, BARA), 'DAP Melayu' Khairul Ishak dan Soh Sook Hua (AJK PSM) dan Yusof Mohd.Noor (wakil Pas) antara aktivis yang hadir menyokong perjuangan Safwan.

No comments:

Post a Comment