ANWAR Ibrahim berucap didepan lebih 20,000 warga Pulau Pinang sempena meraikan Ulang Tahun Ke-5 Penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri dekat Padang Kota, George Town baru-baru 8 Mac lepas. |
SIAPA ayam tambatan bagi mengekalkan kemenangan di Parlimen Permatang Pauh masih menjadi tanda tanya, tetapi penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi tekad untuk bertanding di mana-mana Parlimen di Perak.
Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, ijtihadnya itu demi melonjak kemenangan sempena Pilihan Raya Umum Ke-13, seterusnya mengambil alih kuasa Putrajaya secara aman daripada Datuk Seri Najib Tun Razak (bekas perdana menteri).
"Saya mengisytihakan mahu bertanding di Perak. Saya mahu melonjak kemenangan rakyat di sana," ujar beliau hari ini di Petaling Jaya.
Semalam, Anwar sekali lagi mencuit Najib untuk berdebat secara terbuka sekarang.
Cabarannya itu sebagai reaksi pada kicauan terbaru Najib menerusi Twitter yang menyebut, "Jika berlaku peralihan kuasa ia perlu berlangsung secara aman & tertib. Inilah iltizam kita menjunjung prinsip demokrasi."
Anwar berkata, Pakatan rakyat menyahut baik hasrat Najib mahu proses peralihan kuasa secara aman dilakukan semasa Umno Barisan Nasional tewas dalam Pilihan Raya Umum nanti.
No comments:
Post a Comment