21 April 2013

Rumah mampu milik tak cukup di Putrajaya :Husam

Kuota perumahan diwujudkan kerana rumah tidak cukup. Ini hakikat, bukan auta.

Orang Melayu kata, Cina saja mampu beli rumah sebab kaya.

Orang Cina atau India pun kata yang sama, Melayu saja mampu beli rumah kerana dapat barisan daripada Kerajaan.

Kalau rumah cukup untuk rakyat, tentu tidak wujud kuota.

Putrajaya yang dianggap tiang seri Malaysia pun rupa-rupanya tidak cukup rumah.

Itu, antara maklum balas yang Datuk Husam Musa terima semasa bertemu pengundi muda di parlimen itu.

Seperti hari-hari sebelum ini, Husam akan mendengar keluh kesah yang diluah oleh warga Putrajaya, lalu, menawarkan polisi baru demi menyelesaikan masalah malar segar itu.

Ke mana pun Husam pergi hari ini, beliau akan mengetengahkan keluh kesah anak muda tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Tidak cukup dengan itu, 'ayam tambatan' berkenaan turut mengutus surat rasmi bagi mengetengahkan masalah rumah tidak cukup di Putrajaya.

"Mengatasi masalah kekurangan rumah dan telah menghantar surat kepada Datuk Seri Najib (Tun Razak) menunjukkan kami (warga Putrajaya) serius dalam masalah ini," kata Husam.

Jika Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya, tentunya tidak perlu utus surat kepada Najib.

Husam mendengar keluh kesah rakyat. Sebab itu, masalah rumah tak cukup diketengah hari ini.

Sepatutnya, Umno BN perlu menyelesaikan masalah ini sebelum ini lagi.

Tetapi, oleh kerana penyandang Ahli Parlimen iaitu Ku Nan (Umno) tidak pernah turut mendengar keluh kesah rakyat, masalah rumah tidak cukup tidak pernah diselesikan.

Sokong Husam bermakna keluh kesah warga Putrajaya akan didengar dan diselesaikan.

"PANGKAH PAKATAN, RAKYAT UNTUNG!"

Zainulfaqar Yaacob
Hospital Besar Pulau Pulang
2.08 petang |waktu makan dan lawan rejim!

No comments:

Post a Comment