Ong Siew Chai, seorang pengundi berdaftar di Perak tiba-tiba menjadi perhatian khalayak kerana didedah mempunyai dua kad pengenalan yang sah.
Nombor pendaftaran kad pengenalan pertama beliau adalah 631114-08-6326. Nombor pendaftaran kad pengenalan keduanya pula adalah631114-10-5216.
Pemilik blog Perisik Rakyat mendedahkan, kedua-dua kad pengenalan tersebut telahpun diterima daripada Jabatan Pendaftaran Negara sebagaimana gambar yang tertera di bawah.
Lebih mengejutkan, nama warganegara misteri ini turut disahkan sebagai pengundi di dua Parlimen dan dua Dun di Perak seperti yang disiarkan dalam Semakan Daftar Pemilih online di bawah.
Ini bermakna, beliau seperti Mohd Rashid bin Ismail, Lelaki misteri boleh undi 4 kali di Perak yang didedah semalam.
Blogger berkenaan berkata, unsur penyelewengan tersebut mula dikesan apabila beliau menggunakan nombor kad pengenalan lama Ong Siew Chai, 7170288 untuk membuat semakan di sesawang daftar online JPN dan SPR.
Lanjutan itu, beliau berkata beliau tidak menolak kemungkinan bahawa wujud usaha penyelewengan yang dikaitkan dengan JPN dan SPR
Ikut mana-mana pun pemegang Kad pengenalan (lama) bernombor 7170288 telah diklon samada secara sedar atau tidak dan pemegangMyKad hasil dari pertukaran Kad Pengenalan lama kepada MyKad boleh mengundi sebanyak 4 kali (iaitu) 2 undi untuk Parlimen dan 2 undi untuk DUN yang sama.
"Individu tersebut kalau hanya melibatkan hanya 1 individu boleh datang untuk pengundi pada sebelah pagi dengan MyKad bernombor 631114-08-6326 dan pada sebelah petang dengan MyKad bernombor 631114-10-5216 dan gua yakin tak de siapa akan perasan perkara ini.
TOPENG Perak Unmasked |
Difahamkan, beberapa penyelewengan tersebut mempunyai kaitan dengan usaha Barisan Nasional Umno untuk mempertahan kerajaan negeri Perak yang mereka kudeta lebih dua tahun lalu daripada Pakatan Rakyat.
Melihat pada realiti penyelewengan yang didakwa berleluasa dalam JPN dan SPR tersebut, blogger Topeng Perak Unmasked atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Azmi (gambar di atas) menolak hasrat kerajaan pusat yang mahu memperkenalkan sistem BioMetrik kononnya demi membuktikan Barisan Nasional juga komited untuk memastikan pilihan raya umum bebas, adik dan telus.
Pendedahan terbaru ini ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak menolak 8 Tuntutan Bersih serta didakwa bertindak keras ke atas perhimpunan rakyat di ibunegera pada 9 Julai lepas yang mahu mereformasi sistem pilihan raya umum depan secara menyeluruh.
No comments:
Post a Comment