03 April 2013

Najib ciplak idea 'turun harga kereta' PR - Dr.Dzulkifly

DZULKIFLY Ahmad
DATUK Seri Najib Tun Razak didakwa sanggup mencipta idea 'Turun Harga Kereta' yang dikemuka melalui manifesto Pakatan Harapan Rakyat demi mengelak Umno Barisan Nasional tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ahli Jawatankuasa PAS Malaysia, Dr Dzulkifly Ahmad berkata, Najib menerima idea Pakatan Rakyat itu dengan mengurangkan 'cukai eksais' sungguhpun bekas perdana menteri itu sebelum ini pernah menyebut "Kita akan kehilangan RM7 bilion setahun dan negara akan bankrap!"

Dzulkifly yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat berkata, idea yang boleh dianggap sebagai polisi automotif baru negara itu sebenarnya mampu membawa pulangan 20 peratus setahun untuk lima tahun pertama.

"Dasar Automobil Nasional yang baru akan memuatkan polisi ini," kata Dzulkifly dipetik dari Harakahdaily.

Justeru, katanya, perbuatan ciplak oleh Najib menerusi Ketua Pagawai Eksekutif (CEO) Institut Automotif Malaysia (MAI) di bawah MITI dianggap sebagai "tidak tahu malu dan muka slamba".

Terdahulu, Najib didakwa menciplak satu lagi idea Pakatan Rakyat, iaitu menghapuskan tol dengan pembelian semula kepentingan PLUS.

Amalan ciplak idea Pakatan Rakyat ini didedah semasa Najib tengah hari tadi baru mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan pada PRU13.

No comments:

Post a Comment