29 April 2013

Larang over-time kakitangan serta-merta laluan hapus 'dokumen Putrajaya'?

Arahan tidak langsung untuk kakitangan kerajaan yang bekerja di Putrajaya supaya tidak berkerja lebih masa (over-time) dikuat kuasa serta-merta bermula 4.30 petang tadi.

Responden memberitahu pekeliling telahpun dikeluarkan di semua jabatan berwajib, tetapi, tiada salinan surat pekeliling dipamerkan.

Sumber tidak menolak kemungkinan bahawa arahan 'luar biasa' itu ada kaitan dengan musim pilihan raya umum yang dijadual berakhir pada Ahad ini.

Ahad ini adalah Hari Buang Undi serentak di seluruh negara.

Tinjauan rambang di laman Facebook antara lain turut menyebut, tujuan surat pekeliling berkenaan dikeluar sebagai persiapan untuk menghapus dokumen serta bukti berwajib membabitkan pemimpin Kerajaan Barisan Nasional Pusat yang lazim dilakukan selepas waktu bekerja saban pilihan raya umum.

"Tiada over-time, ertinya tiada orang di pejabat selepas waktu bekerja normal.

"Mungkin kakitangan kerajaan atas diarah hapus semua dokumen dan bukti tertentu babit Menteri (serta) pegawai atasan...kemungkinan Umno BN percaya mereka kalah PRU13," kata seorang pegawai kanan di kementerian tertentu dekat Putrajaya semasa dihubungi kemudian.

No comments:

Post a Comment