30 April 2013

Buletin TV3 akan tutup berita tipu undi pos di IPD Sbrg.Perai Tengah, dakwat kekal boleh padam serta merta


Headline Buletin TV3 malam ini tentu melaporkan mengenai proses pembuangan undi membabitkan pengundi pos berdaftar yang baru selesai berjalan lancar.

Tentunya yang dikuasai oleh Umno BN itu tidak akan menjelaskan cacat cela dalam penggunaan dakwat kekal membabitkan pegawai polis.

Salah satu pusat pembuangan undi pos di Pulau Pinang hari ini adalah IPD Seberang Perai Tengah, dekat Bandar Perda dalam Parlimen Bukit Mertajam.

Lebih 500 polis membuang undi pos di sini dengan pengenalan sistem dakwat kekal yang baru.

Masalahnya, dakwat kekal yang digunakan semuanya tidak kekal dan boleh padam.

Saksi, Wartawan Subhi yang merupakan pemantau SPR di pusat buang undi pos itu dilaporkan ada mengambil gambar-gambar bukti dan dijangka muat naik malam ini.

Semua tangan pengundi bersih tanpa dakwa kekal. Dakwat yang diguna boleh padam.

Ertinyanya, sia-sia guna dakwa kekal yang palsu sebab undi pos terdedah pada penyelewengan undi kerana semua orang boleh undi lebih dari sekali.

Sebelum ini, Bersih 3.0 dan Pakatan Rakyat bantah proses penggunaan dakwat kekal.

Yang dituntut adalah dakwat kekal ini dicalit pada jari selepas mengundi, tetapi SPR suruh calit sebelum pengundi berdaftar terima kertas undi untuk dipangkah.

Langkah SPR ini sekaligus membolehkan semua pengundi yang sudah dicalit dakwat kekal pun boleh undi secara haram lebih dari sekali.

Tetapi, isu di IPD Seberang Perai Tengah hari ini lebih luar biasa kerana dakwat kekal yang dicalit pada jari polis di pusat pembuangan undi pos semuanya boleh dibasuh dan hilang.

Tipu Pilihan Raya, Turun Jalan Raya.

No comments:

Post a Comment