16 April 2013

7 Mei harga minyak seluruh negara turun - Anwar

HARGA minyak negara akan diturunkan serta merta pada 7 Mei jika Pakatan Rakyat diumum mendapat mandat rakyat bagi menubuhkan Kerajaan Pusat selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disebut-sebut calon perdana menteri dalam penantian berkata langkah Pakatan Rakyat itu akan menjadi sejarah besar rakyat selepas menyaksikan Kerajaan Barisan Nasional Pusat direkod acap kali menaikkan harga minyak demestik sebelum ini,

“Kamu (Umno BN) katalah apa-apa pun, kita bagi penjelasan. 5 Mei pilihan raya, 6 Mei (Pakatan) angkat sumpah. InsyaAllah 7 Mei, harga minyak di seluruh negara turun,” kata Anwar kelmarin.

Pidato bersejarah itu disampaikan di depan lebih 7,000 rakyat sempena Jelajah Pakatan Harapan Rakyat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Sabtu lalu.

Penamaan calon yang diumumkan SPR pada 20 April depan, manakala 5 Mei adalah Hari Buang Undi.

No comments:

Post a Comment