tahaluf siyasi

tahaluf siyasi

Tuesday, 26 March 2013

Umno 'parti Bumiputera' sebab hapus identiti Melayu, kata 'DAP Islam'

Veteran 'DAP Islam', Zulkifli Mohd.Noor mendakwa Umno punca Melayu hilang identiti menurut perlembagaan.

Malah, bekas Naib Pengerusi  DAP Kebanggaan itu, Umno didakwa sanggup mengganti identiti Melayu dengan 'Bumiputera' demi membuka keahlian parti perkauman itu kepada bukan Islam dan bukan Melayu di Sabah.

"Dalam perlembagaan persekutuan sendiri menyebut mengenai hak keistimewaan Melayu. Ada perlembagaan sebut 'Bumiputera'.

"Umno jatuhkan martabat saya sebagai Melayu semata-mata untuk buka keahlian partinya untuk bukan Melayu dan bukan Islam di Sabah.

"Nak panggil Melayu, ada pemimpin Umno Sabah berketurunan Sulu, ada beragama Kristian. Alih-alih panggil 'Bumiputera'," ujar beliau dalam satu wawancara baru-baru ini.

Difahamkan, Perkara 60 (2) Perlembagaan Persekutuan menyebut, "orang Melayu itu mestilah beragama Islam mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu...".

Manakala, Fasal 4 Perlembagaan Umno menyebut, bahawa ahli-ahli Umno adalah dua jenis iaitu ahli biasa dan ahli bergabung.

Ahli Biasa ialah Warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berusia 18 tahun ke atas (Fasal 4.2).

Ahli Bergabung adalah sebuah pertubuhan politik yang bersetuju berkerjasama dengan Umno dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi (Fasal 4.3).

Mamak dari Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) kini menjadi Ahli Bergabung Umno.Pada Fasal 5 berhubung pendaftaran keahlian, disebut bahawa tiap-tiap orang Melayu dan Bumiputera berhak mendaftar diri sebagai ahli Umno mengikut Perlembagaan dan peraturannya.

Zolkifli berkata, orang Melayu sepatutnya boleh mendekati DAP kerana parti masa depan itu komited menjunjung ketinggian perlembagaan, termasuk soal 'keistimewaan Melayu'.

"DAP tak buat kerja ganti Melayu dengan 'Bumiputera' kerana DAP junjung perlembagaan yang mengagih hak istemewa Melayu.

"DAP boleh terima semua bangsa termasuk Melayu sebab DAP bukan parti perkauman, tapi, parti yang nak Malaysia lebih baik (serta) pertahan semua hak yang dijamin dalam perlembagaan," ujar beliau.

Justeru, beliau secara sinikal mencadangkan Umno didaftarkan semula sebagai "parti Bumiputera, bukan Melayu" di Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebelum Pilihan Raya Umum (PRU13).

"Patut ganti perkataan Melayu pada Umno dengan perkataan 'Bumiputera' kerana parti itu bukan parti tulen untuk Melayu-Islam lagi," ujar beliau.

Terdahulu, Zolkifli mendakwa Ahli Kristian jadikan Umno bukan parti Melayu lagi.

No comments:

Post a Comment

Siap dengar, Siap bersama!

Entri Popular