27 March 2013

Pilih jadi 'jentera biasa' serlahkan che'GuBard berjiwa besar



CHE'GUBARD atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin memilih untuk menjadi jentera biasa dan tidak bertanding di mana-mana kerusi sungguhpun nama pendiri Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) disebut-sebut sebagai salah seorang calon Pakatan Rakyat di Parlimen Nibong Tebal.

Beliau berkata, usaha menumbangkan rejim Umno lebih diutamakan dan angkata mudanya sedang menuju ke arah itu.

"che'GuBard tidak punya jawatan dalam parti politik cuma anggota biasa dalam Parti Keadilan Rakyat, namun sedar tetap terikat dengan disiplin parti. 

"Apa keputusan parti dan keperluan parti untuk peranan yang cheGuBard harus mainkan dalam PRU ke 13 akan akur.

"Kita semua harus sedar pertembungan kali ini ialah pertembungan kebangkitan dan kesedaran rakyat melawan regim yang jahat, korup dan sedang menghancurkan tanah air.

"Yakinlah kejayaan kita bukan memenangi satu dua pertempuran sahaja tetapi peperangan menumbangkan regim menyelamatkan negara lebih penting," ujar beliau dipetik laman sosial Facebook pagi tadi.

Justeru katanya, SAMM akan terus mengasak seluruh anak muda untuk mengepalai arus perubahan pada musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini. -END

No comments:

Post a Comment