27 March 2013

Asar di Kg. Komunis

2 Nov 2011
Masjid Kg.Aman, Chulaborn

Tengah asyik bersembang dengan Pak Kob yang lebih dikenali sebagai Mat Amin, azan Asar berkumandang.

Saya bergegas mencari Rumah Allah itu kerana boneka penjajah bernama Umno kata, "komunis tak percaya agama dan anti Islam".

Sementara menunggu Asar, nampak Abu Nawas (baju merah) tengah meramahi Pakcik Hak  (baju hijau gelap) dan Pakcik Hatta (baju hijau terang).

Kedua-dua komrad ini menyertai Rejimen Ke-10 sehingga era 1970-an demi membebaskan tanah air Malaysia.

Mereka terpaksa tinggal di sempadan Thailand kerana Umno lebih sanggup jadi boneka penjajah.

No comments:

Post a Comment