24 February 2013

Plan B Mahathir bawa YB Umno sertai Pas pasca PRU13?

SEMUA wakil rakyat Umno pro Tun Dr Mahathir Mohamad diarah membuat persiapan akhir untuk menyerang ke kem Pas sekiranya Umno Barisan Nasional tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Dalam satu pertemuan sulit di Putrajaya baru-baru ini, sumber parti itu memberitahu, rancangan tersebut terpaksa diambil sekiranya rancangan membawa Pas sendirian dalam pilihan raya umum gagal dilaksanakan.

"Ini Pelan B kalau rancangan Pas tidak bersama DAP dan PKR dalam pilihan raya nanti gagal.

"Ini tiada kena-mengena dengan (rancangan) Ku Li ganti Anwar jadi PM.

"Umno akan tanding di semua kerusi tradisinya (Parlimen dan DUN) macam biasa. Pelan B ini dilaksanakan jika Umno tewas nanti," ujar siber lagi.

Malah kata sumber, kepemimpinan utama Pas seharusnya yakin dengan kekuatannya sendiri tanpa perlu bergantung dengan muafakat Pakatan Rakyat.

Ini kerana katanya, wakil rakyat Umno bakal menjadi 'kekuatan baru' parti Islam itu jika pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tewas di Putrajaya nanti.

No comments:

Post a Comment