21 February 2013

Mansor anjur 10KM Marathon 'pilihan raya' pertahan Nibong Tebal 24 Feb

PKR Pulau Pinang belakangan ini  dilihat giat bekerja keras demi memastikan kerusi Parlimen Nibong Tebal terus dipertahankan semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Terbaru, Pengerusinya, Datuk Mansor Othaman dengan kerjasama Persatuan Olahraga P.Pinang dan One-Nation Motorsports Club menganjurkan Marathon sejauh 10 kilometer bermula di Padang Awam Jawi dekat Seberang Perai Selatan.

Acara Rakyat itu diadakan pada Ahad, 24 Februari depan bermula jam 6.30 pagi dan dijangka selesai kira-kira jam 1.00 petang.

Izad Buqhari selaku Pegawai Khas bagi Timbalan Ketua Menteri I mempelawa seluruh kaum wartawan dan warga setempat menyertai keraian itu.

Terdahulu, kerusi Ahli Parlimen Nibong Tebal kini masih disandang oleh bekas PKR, Tan Tee Beng (Bebas) dan turut disebut-sebut sebagai kerusi sasaran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam pilihan raya kali ini.

No comments:

Post a Comment