Tuesday, February 12, 2013

Insiden PSY: PM tak patut salahkan akar umbi Umno P.Pinang

SEKUMPULAN pemimpin Umno Pulau Pinang menerima layanan dingin daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu mesyuarat tertutup semalam.

Sumber Umno Bahagian Jelutong memberitahu, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor berang dengan insiden memalukan mereka dalam konsert Rumah Terbuka Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang pagi semalam yang menampilkan penyanyi 'Gangdam Style', PSY.

Insiden memalukan itu turut disebarkan secara meluas dalam youtube sejurus selesai konsert mega politik Umno BN itu.

Menerusi youtube, ditanya, "Are you ready for PSY?" sebanyak tiga kali, lalu serentak disambut dengan laungan "Yes!!!"

Namun, semasa ditanya, "Are you ready for BN?", lalu serentak disambut dengan laungan "Noooo!!!!"

Sumber berkata, grup kempen Najib sepatutnya tidak melayan dingin kepemimpinan Umno Pulau Pinang menjelang musim Pilihan Raya Umum Ke-13 hutang kian dekat ini.

Ini kerana, kata mereka, akan mengeruhkan hubungan akar umbi parti terhadap kepemimpinan Najib saja.

"Memang tak patut (Umno Negeri dilayan dingin), takut-takut pisang berbuah dua kali...takut-takut akar umbi sabotaj parti sekali lagi macam dulu (PRU2008)," ujar sumber menerusi telefon pagi tadi.

No comments:

Post a Comment