25 February 2013

Hutang Pusat cecah RM600 bilion, rakyat kian rugi

HUTANG terkumpul Kerajaan Pusat hampir mencecah RM600 bilion sekarang membayangkan belanjawan defisit yang diamal oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tuh Razak bakal merugikan rakyat masa depan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, angka itu sekaligus memberi gambaran seolah-olah tiap-tiap rakyat dipaksa menanggung hutang RM22,000 yang berpunca oleh urus tadbir Kerajaan Pusat berunsur pembaziran, penyelewengan serta rasuah sekarang.

Belanjawan defisit Kerajaan Umno Barisan Nasional Pusat di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakibatkan hutang negara kian bertambah hingga mencecah RM600 bilion sekarang.

Setiausaha Agung DAP, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, jumlah itu sekaligus memberi gambaran bahawa kira-kira RM22,000 hutang ditanggung oleh tiap-tiap rakyat.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, hutang negara dijangka mencecah RM600 bilion sekiranya Umno Barisan Nasional terus menguasai Putrajaya pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

"Pada tahun 2007, hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM267 bilion. Hari ini, hutang tersebut sudahpun digandakan pada RM502 bilion.

"Jumlah ini tidak termasuk liabiliti kontinjen, iaitu pinjaman-pinjaman yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan.

"Jika semua hutang ini dijumlahkan, angka hutang negara kita akan mencecah lebih RM600 bilion ataupun RM22,000 setiap orang rakyat Malaysia," ujar beliau hari ini, dipetik dari laman sosial Facebook.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, semua program sumbangan Kerajaan Pusat kepada rakyat akan menambah lagi jumlah hutang negara.

Berbeza dengan Pulau Pinang, beliau berkata, sumbangan yang diterima oleh rakyat adalah hasil dari lebihan kewangan (surplas) Kerajaan Negeri.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendedahkan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperoleh surplas RM138.34 juta, iaitu 312 peratus atau RM105 juta berbanding lebihan kewangan tahun sebelumnya yang berjumlah RM33 juta.

Lebihan kewangan bagi tahun 2009 dan 2008 masing-masing berjumlah RM77 juta dan RM88 juta.

Dari jumlah lebihan kewangan tiap-tiap tahun itu, Kerajaan Negeri memberi pelbagai sumbangan emas kepada warga Pulau Pulang yang berdaftar.

"Semua program kebajikan PR (Pulau Pinang) adalah hasil daripada lebihan Kewangan yang telah diperoleh melalui pengurusan Kewangan yang cekap dan diiktiraf Laporan Ketua Audit Negara.

"BN pula memberi hutang kewangan walaupun mencatat defisit defisit yang tinggi dan hutang yang makin melambung," ujar Guan Eng.

No comments:

Post a Comment