08 October 2012

Baju T sabotaj BN ini kerja Team B atau grup Muhyiddin??

SETUJU atau tidak, selalu Faqar kata, PAS tidak pernah menang atas jati diri sendiri dalam pilihan raya.

Terengganu bersama Kelantan tumbang dalam PRU13 sampailah Arwah Ustaz Fadhil Noor boleh jadi Ketua Pembangkang di Parlimen disebabkan bekas Presiden PAS itu berjaya capture imaginasi rakyat yang bergelojak dengan Reformasi 98'.

Ya...Anwar sebagai faktor.

Thunami Politik 8 Mac 2010 pun disebabkan mood Bersih, Hindraf dan anti Pak Lah.

Tun banyak bantu pembangkang menyerang kepemimpinan Pak Lah sampai berlaku sabotaj dalam Umno BN.

Menang PAS dan Pakatan Rakyat disebabkan beberapa faktor major ini. Salah satunya, sabotaj.

Ada orang kata, ini kerja Team B Umno. Ada yang lain kta, grup Muhyiddin tahu siapa duri dalam daging yang cetak baju T macam di atas.

Sebab itu, Muhyiddin kata grup yang sabotaj parti akan dipecat sebab tak mahu pisang berbuah dua kali.

Mudah-mudahan PAS dan PR akan menang sekali lagi sungguhpun bukan atas kekuatan jatidiri masing-masing.

Setuju?

No comments:

Post a Comment