05 September 2012

Pusat dituntut RM20 juta bina 'jambatan rakyat' Sg. Acheh

LIM Guan Eng (berbaju kuning puteh) bersama-sama kepemimpinan Kerajaan Negeri lain menunjukkan kawasan cadangan membina jambatan selepas menerima penjelasan daripada wakil JKR (paling kanan).
AHLi Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria terus didesak supaya menuntut peruntukan kerajaan pusat sejumlah RM20 juta bagi membina 'jambatan rakyat' dari Kawasan Dewan Undangan Negeri (Kadun) yang diwakilinya ke pekan Nibong Tebal.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata demikian semasa melawat tapak cadangan membina jambatan tersebut dekat Kampung Berembang, Sungai Acheh.

"Saya masih ingat semasa kita (Pakatan Rakyat) jadi Kerajaan Negeri, kita bina jeti nelayan di sini...Adun (Sungai Acheh) ini buat kerjalah kerana sudah empat tahun tiada apa-apa.

"Jika jambatan ini dibuat, harga tanah di kawasan ini akan naik dan peluang ekonomi untuk rakyat setempat lebih bagus," ujar beliau baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan), Tan Beng Huat (Adun Jawi), Maktar Shapee (Adun Sungai Bakap) dan jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah turut hadir dalam lawatan sehari Ketua Menteri.

Guan Eng berkata, pihaknya sejak dua tahun lepas lagi telahpun menulis surat tuntutan berwajib kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Datuk Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), namun tidak dijawab.

Malah katanya, Kerajaan Negeri bersedia untuk meluluskan peruntukan membina jambatan itu sekiranya KADUN itu diwakili Pakatan Rakyat kelak.

"Jika ini Kadun Pakatan Rakyat, pasti peruntukan sebanyak RM20 juta akan disempurnakan (oleh Kerajaan Negeri)," kata belau.

Difahamkan, terdapat sebuah jambatan lama di situ untuk kegunaan pejalan kaki serta penunggang motosikal.

Tuntas dari itu, rakyat di Dun Sungai Acheh diminta menilai semula mutu Adun pembangkang berkenaan serta pembangkang Pulau Pinang sempena menempuhi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti. -END

No comments:

Post a Comment