19 September 2012

Pembangkang P.Pinang jangan main wayang di Batu Maung

BAJU T puteh yang dipakai oleh pemuda-pemuda yang bertindak ala gangster di Batu Maung jelas terpapar logo dan perkataan Umno yang dikaburkan.
PEMBANGKANG Pulau Pinang yang dibantu kira-kira 30 pemuda ala gangster dinasihat supaya "jangan main wayang" di sebalik insiden sekumpulan penduduk Melayu Batu Maung, Bayan Lepas yang diusir keluar dari kampung halaman mereka semalam.

Abdul Malik kemukakan bukti
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, Datuk Ab. Wahab Ibrahim dinasihat supaya terlebih dahulu menjelaskan mengenai status tanah pusaka berwajib yang kononnya telahpun dibelinya daripada pemilik asal tanah tersebut.

"Selagi keraguan transaksi penjualan tanah Lot 781, Lot 776, GM 497 Mk 12 (dekat) Daerah Barat Daya, Pulau Pinang belum terungkai, saya tidak akan berganjak mempertahankan hak mereka (penduduk)," ujar beliau di Komtar, George Town.

Ab. Wahab yang juga bekas wakil rakyat Umno dari Kawasan DUN Taman Medan, Selangor turut dinasihat untuk bersemuka secara jujur dengan kesemua penduduk berwajib serta Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi merungkaikan masalah yang berlanjutan sejak 10 tahun lepas.

Abdul Malik yang juga Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, beliau terpaksa campur tangan dalam masalah yang dihadapi oleh rakyat di kawasan DUN yang diwakakilinya itu demi memastikan mereka tidak dizalimi atau ditipu oleh mana-mana pihak.

Semalam, Abdul Malik dilaporkan berdepan dengan tindakan ala samseng kira-kira 30 pemuda yang dipercayai "orang-orang Datuk Ab. Wahab" semasa cuba mempertahan hak penduduk berwajib di Batu Maung.

Abdul Malik mendakwa, pemuda-pemuda itu lengkap mamakai baju T yang dikaburkan logo serta perkataan Umno.

Tambah beliau, seorang Bailif Mahkamah Seksyen George Town bersama-sama bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan dan Mahadhir Ismail (Ketua Pemuda Umno Batu Maung) dilihat cuba berlagak hero ala samseng bersama-sama pemuda-pemuda berkenaan.

"Suasana agak tegang ketka itu, apabla pihak (pemuda) berkenaan berkeras untuk mengosongkan empat buah rumah penduduk yang membabitkan empat keluarga...sebahagian barang-barang telah dikeluarkan.

"Kekecohan itu terhenti kira-kira jam 1.00 petang apabila penduduk mendapat perintah injunksi Mahkamah sehingga 1 Oktober depan," ujar Abdul Malik.

Dalam perkembangan sama, difahamkan, penduduk asal serta waris-waris tanah pusaka tersebut telahpun membuat beberapa laporan polis mengenai tindak tanduk pihak Ab. Wahab.

Dalam laporan polis, waris serta penduduk terbabit menyatakan bahawa transaksi penjualan tanah seluas 1.6 ekar tersebut dibuat tanpa persetujuan serta pengetahuan mereka.

Malah kata mereka, Mahkamah Tinggi Shariah Pulau Pinang yang mendengar kes tersebut sendiri pun masih belum memutuskan waris sebenar bagi tanah pusaka itu.

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pada 3 Mac tahun lepas turut membuat laporan polis supaya pihak tertentu yang didakwa melakukan unsur salah laku dan penipuan disiasat segera.

Lanjutan laporan itu, polis membuat "kaveat pendaftar"terhadap tanah-tanah berkenaan.

Kontroversi ini berlaku semasa dua "broker Umno" - Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzr dan Datuk Omar Fauzar (Ketua Umno Bahagian Jelutong) - didedah berjaya mengaut keuntungan atas angin sebanyak RM5 juta dalam masa tiga bulan hasil menjual tanah milik 31 Melayu Kampung Terang Terang, Balik Pulau baru-baru ini masih belum reda. -END

No comments:

Post a Comment