▼
18 September 2012
Dua parkir percuma baru untuk pengguna BEST P.Pinang
Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas, Chow Kon Yeow berkata, rakyat boleh meletak kereta di kedua-dua parkir tersebut atau di parkir Sunway Karnival Mall dengan kadar RM1 sekali masuk bagi menggunakan perkhidmatan bas percuma ke tempat kerja di sekitar "Pulau".
"Bermula 3 September 2012, Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperkenalkan dua pusat transit (feeder) lagi bagi menghubungkan (Bridge Express Shuttle Transit) BEST A, BEST B dan BEST C.
"Dengan parkir percuma yang baru ini, diharap dapat menyelesaikan isu tiada parkir yang ditimbulkan oleh pengguna BEST yang mengelak kesesakan trafik pada waktu bekerja dengan tidak menggunakan kenderaan sendiri," ujar beliau pada satu majlis pelancaran di Autocity Juru, Juru.
Perkhidmatan pengangkutan awam BEST secara percuma buat pertama kali diperkenalkan di Pulau Pinang pada Mac tahun lepas dari Sunway Carnival Mall ke 'Pulau' melalui Jambatan Pulau Pinang.
Sebanyak RM1.18 juta subsidi telahpun ditanggung oleh Kerajaan Negeri demi memudahkan rakyat ke tempat bekerja, terutama di Zon Perindustrian Bebas (FIZ) dekat Bayan Lepas.
Perkhidmatan BEST A, BEST B dan BEST C kendalian syarikat bas pengangkutan awam Rapid Penang Sdn. Bhd. yang diperbaharui sekarang mula berperasi pada sesi pagi dan petang dengan durasi perjalanan 20 minit serentak dari ketiga-tiga parkir berkenaan.
Sesi pagi bermula seawal 6.10 pagi sehingga 8.10 pagi. Manakala, sesi petang bermula pada 4.30 petang sehingga 6.50 petang.
BEST A bertolak dari Sunway Carnival Mall ke FIZ 1, FIZ 2 dan Taman Perindustrian Bayan Lepas (BLIP) melalui pusat inter-transit Queensbay Mall, Bayan Lepas.
BEST B bertolak dari Sunway Carnival Mall ke FIZ 3 melalui BLIP melalui pusat inter-transit Queensbay Mall.
BEST C bertolak dari Autocity Juru melalui "Technoplex" melalui melalui pusat inter-transit Queensbay Mall.
"Pasar raya Queensbay menjadi pusat inter-transit yang menghubungkan kesemua bas percuma yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dengan bas-bas berbayar di sekitar 'Pulau'," ujar Kon Yeow.
Dalam perkembangan sama, Kon Yeow bersama-sama Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman serta Maimunah Mohd. Sharif (Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang, MPSP) mengadakan tinjauan rambang di parkir percuma Bandar Perda, Bukit Mertajam bagi mengetahui sambutan pengguna pada perkhidmatan BEST yang diperbaharui itu.
Ahli-ahli Majlis bagi MPSP seperti A.S.Rynu, Loh Joo Huat, Sarina Hashim, Stevan Sim Chee Keong, Lim Eng Nam serta wakil Rapid Penang turut serta dalam program turun padang tersebut.
Dari tinjauan yang dibuat selama empat hari bermula pada 3 September lepas menyaksikan reaksi positif daripada pengguna BEST.
Data pada hari pertama tinjauan dibuat menunjukkan seramai 381 penumpang menggunakan BEST dari parkir Bandar Perda pada sesi pagi dan 407 penumpang pada sesi petang.
Data pada yang kedua menunjukkan 462 penumpang (pagi) dan 330 penumpang (petang). Data pada hari ketiga menunjukkan 427 penumpang (pagi) dan 408 penumpang (petang).
Tinjauan pada sesi pagi sahaja hari keempat dan terakhir menunjukkan 442 penumpang pagi.
Perkembangan terbaru itu sekaligus memperlihatkan komitmen serta keberkesanan Kerajaan Negeri memperkenal pelan penyuraian trafik pada hari bekerja demi keselesaan hidup rakyat di negeri berkenaan. -END
No comments:
Post a Comment