11 August 2012

Wahai Kekasih, ajarkan daku tentang fitrah cinta!

Anak-anak Sarawak yang miskis dan jauh dari kasih sayang pemerintah BN.
KASiH sayang adalah fitrah. Fitrah ini ada di dalam diri manusia serta makhluk-makhluk Allah yang lain.

Fitrah menjadikan seorang ibu mengasihi anak. Fitrah menjadikan seorang suami mengasihi isteri. Fitrah menjadikan anak-anak belajar mengasihi ibu dan
ayah.

Betapa kasihnya Allah kepada makhluk, binatang yang tidak mempunyai akal pun dianugerahkan dengan kasih sayang.

Ibu kucing yang kematian anak akibat dilanggar kereta di satu jalan umpamanya, saban waktu akan menjenguk jalan itu lalu menangis mengenangkan kehilangan jiwa anaknya itu.

Sesungguhnya manusia adalah mahhluk paling istimewa; lebih istimewa berbanding ibu kucing itu.

Tak cukup Allah memberikan fitrah kasih sayang serta akal pemikiran untuk mereka memikirkan mengenai perasaan kasih Tuhan, Allah melengkapkan fitrah itu dengan satu lagi fitrah-Nya, iaitu Islam.

Diutuskan kekasih-Nya bernama Nabi Muhammad s.a.w mengajar erti kasih sayang kepada Allah dan Rasulullah s.a.w.

Diturunkan 'Surat Cinta' yang di dalam sarat dengan rakaman episod percintaan Tuhan terhadap para hamba-Nya.

Ertinya: “Katakanlah: (Nabi Muhammad s.a.w.) Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunk
an dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [al-Quran, 3:31]

Seseorang ibu yang sibuk memasak di dapur tidak akan memberi pisau yang tajam semasa diminta oleh anak kecilnya.

Bukan tidak kasih kepada anaknya. Kerana sayang dan bimbang anaknya tercedera, maka ibu sanggup tidak menuruti permintaan anaknya itu.

Jika anaknya itu sudah 'mumayyiz' atau tahu membezakan baik buruk sesuatu perkara, pasti ibu atas perasaan kasih sayang akan memenuhi keperluan anaknya itu.

Allah lebih kasih kita semua. Kerana kasih sayang Allah lah, ada perkara diperintahkan kepada kita sesuai dengan fitrah kita. Kerana kasih sayang Tuhan juga lah, ada perkara-perkara yang lain dilarang-Nya.

Semua perintah dan larang ini disebabkan Allah terlalu kasih kepada kita, melebihi kasih seorang ibu kepada anak kecilnya semasa diminta sebilah pisau itu.

Menjadi bukti saling mencintai antara seseorang dengan Kekasih-nya apabila semua perintah dan larang ini dipelihara secara fitrah.

Betapa kasihnya Allah kepada kita juga, tidak banyak kasih sayang-Nya diperjelas kepada kita.

Mungkin kehidupan duniawi yang fana' yang mengharamkan arak umpamanya; sama seperti kehidupan anak kecil yang dilarang memegang pisau yang tajam.

Allah yang Maha Pengasih pada alam ukhrawi nanti akan membenarkan kita semua meminum arak juga.

INO KERANA, kehidupan akhirat yang kekal abadi adalah yang sebenar, iaitu hari yang dibenarkan segala yang diruntuni fitrah; termasuk dibenarkan meminum arak yang enak.

"Mereka tidak pening kerananya (arak), tidak pula mabuk." [al-Quran, 56:19]

Mengenang Kekasih ini membuatkan aku tersimpuh rindu. Aku jahil. Aku bodoh. Aku hina. Aku lemah. Aku sombong. Aku hipokrit.

Tetapi, Allah tidak pernah jemu mengasihi hamba-Nya ini.

"Ya Allah, suburkan lah perasaan cinta dan kasihku kepada-Nya. Ajarkanlah aku yang bodoh lagi hina ini mengenai fitrah mencintai-Mu. Amien..."


Zainulfaqar Yaacob
Johor Bharu | 9.18 pagi

No comments:

Post a Comment