24 August 2012

Respons Faqar mengenai kontroversi minit mesyuarat PKR gambarkan Guan Eng 'angkuh'

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjelang tengah hari ini mengadakan sidang media bersama-sama timbalan satunya, Datuk Mansor Othman serta Datuk Mohd. Salleh Man (Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang merangkap ADUN Permatang Pasir) di Komtar, George Town.

Tentunya ramai menjangka Mansor akan menafikan kesahihan minit mesyuarat strategik PKR itu selaras digambarkan bocor pada pengetahuan umum.

Dengan berbuat demikian, mungkin jalan untuk menjernihkan konflik kepentingan antara Mansor dan Guan Eng yang dituduh "angkuh" itu.

Mansor, dikenali sebagai seorang yang bijak serta mempunyai hikmah politik yang damai.

Kerana itu, beliau diberi kepercayaan sebagai Naib Presiden PKR merangkap Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Atas kebijakan serta hikmah politik damai itu, Faqar menjangka Mansor akan meminta maaf secara terbuka kepada Guan Eng - Setiausaha Agung DAP merangkap Pengerusi Pakatan Rakyat Pulau Pinang - atas apa yang terdedah pada minit kontroversi itu.

Langkah memohon maaf nunjuk membantu semua pihak berwajib menghentikan konflik kepentingan ini.

Mohon maaf juga mampu memupuk kembali rasa simpati rakyat serta peminat politik Pulau Pinang kepada pihak-Pihak yang digambarkan  "bersalah" dalam konflik kepentingan ini.

Jika dinafikan semua itu atas sentimen politik umpamanya, Mansor sendiri mungkin sudah membuat satu prediksi bahawa akan keluar rakamann mp3 pula mendedahkan pembohongan beliau jika dipilih jalan itu.

Ini kerana, beliau sendiri sebelum ini tidak menolak kemungkinan bahawa kontroversi tersebut didalangi 'orang dalam' PKR sendiri.

Kenyataan yang tidak jujur - jika dipilih - lebih parah untuk Mansor kerana integriti dan transperansi sangat penting untuk semua ahli politik termasuk dirinya.

Bagi Faqar, pihak berwajib sepatutnya menajamkan aspek persaingan melakukan kebaikan dalam wadah parti politik masing-masing.

Mana ada parti yang tidak mahu politik kekuasaan?

Semua parti politik dalam Pakatan Rakyat mahu mendominasi politik tanah air secara demokratik kerana masing-masing mahu melaksanakan pendekatan siasah yang dipercayai terbaik untuk rakyat dan negara.

Itu, lumrah namanya dan wajar dilihat positif dalam nada yang penuh demokratik serta rasional.

Sama-sama kita nantikan reaksi Mansor dan Guan Eng sebentar lagi.

Zainulfaqar Yaacob
11.36 pagi | Tingkat 28, Komtar

No comments:

Post a Comment