05 August 2012

KMPP: Mengapa BN tak bangkit isu tanah Taman Manggis tujuh tahun lepas?

RAHMAD Isahak menunjukkan pelan bukti Barisan Nasional gagal mencantum lima lot tanah 
Taman Manggis berkenaan  bersama-sama enam lot tanah lain membabitkan projek PPRT
fasa 1 yang diluluskan sejak tujuh tahun lepas.
PENGERUSi Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Isahak hari ini mempersoal keikhlasan kerajaan negeri Pulau Pinang era Barisan Nasional kerana tidak membangkitkan isu Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) fasa kedua di atas 1.2 ekar tanah Taman Manggis sejak tujuh tahun lepas.

Justeru katanya, pemimpin Umno serta Barisan Nasional di negeri berkenaan tidak wajar mempolitikkan langkah kerajaan negeri sekarang menjual tanah dekat Jalan Zainal Abidin itu "semata-mata bagi mengisi undi di poket mereka menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13".

"Mengapa sejak 10 Mei 2001, iaitu tarikh pelan merancang (PPRT) fasa satu diluluskan sehingga 8 Mei 2008, tiada usaha untuk mendapatkan peruntukan membina (PPRT) fasa dua daripada kerajaan pusat.

"Mengapa selama hampir tujuh tahun lepas, Barisan Nasional tidak mempertahankan tanah ini demi rakyat...mengapa baru sekarang jadi isu," soal beliau di Komtar, George Town

Beliau berkata, kerajaan negeri era Barisan Nasional sepatutnya membuat permohonan percantuman (Amalgamation of Land) lima lot tanah dalam fasa dua menurut Seksyen 204(D) Akta Kanun Tanah Negara, 1965 sejak tujuh tahun lepas lagi, iaitu semasa pelan merancang fasa pertama diluluskan.

"Proses percantuman itu perlu dibuat memandangkan pembangunan di atas tanah tersebut melibatkan lebih daripada satu lot tanah.

"Saya percaya bahawa jika proses itu dilakukan tujuh tahun lepas, maka pada hari ini, isu fasa kedua tersbeut tidak akan timbul," tegas beliau.

Terdahulu, pemuda Barisan Nasional dilaporkan menuduh pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng lebih mementingkan keuntungan dengan menjual tanah tersebut kepada pihak swasta untuk pembinaan bangunan 30 tingkat yang terdiri oleh 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital swasta dan lima tingkat parkir.

Pembangkang Pulau Pinang itu mendesak Guan Eng meneruskan pelan pembangunan masa depan fasa kedua yang membabitkan 140 unit rumah kos sederhana rendah (LLC) dan kos rendah (LC).

Guan Eng dalam reaksi spontan berkata, kerajaan negeri telahpun memilih tanah lain di Jalan S.P. Cheliah milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) -berdekatan dengan tanah Taman Manggis berkenaan - untuk dibina 2,000 unit LLC dan LC untuk rakyat berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

Malah Exco Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow semasa memetik sumber sumber Unit Perancang Ekonomi Negeri Pulau Pinang(UPEN) dilaporkan berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri pada 5 Jun lepas - iaitu tiga hari sebelum isu fasa dua Taman Manggis dibangkitkan - telahpun meluluskan lesen untuk membina hospital swasta berkenaan.

Tuntas dari itu, Rahmad mencabar pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menebus kembali 1.2 ekar tersebut lalu membina 140 unit LLC dan LC lagi sekiranya Barisan Nasional benar-benar ikhlas membela kebajikan rakyat di negeri berkenaan. -END

No comments:

Post a Comment