Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng lihat kesan serangan samseng Umno di kepala Adam Chew. |
Dua tertuduh itu adalah Mohammad Norman Ismail dan Mohamad Firdaus Ahmad.
Mereka didakwa menyerang Adam semasa perhimpunan aman Hijau 2.0 di Padang Kota Lama, George Town pada 26 Februari lepas.
Perbicaraan semalam dilaporkan mula lewat gara-gara salah seorang peguam pihak pembelaan mengendali kes di mahkamah lain.
Adam diwakili oleh pendakwa raya Suhaimi Ibrahim dan Edward Chan di depan Hakim Majistret Siti Salwa Ja'afar.
Dilaporkan, Norman dan Firdaus selama hampir sejam merayu dan mahu berunding untuk tidak menyelesaikan kes mereka di kamar perbicaraan.
Selepas menerima maklum balas pihak pembelaan dan pendakwaan, Siti Salwa mengumumkan kedua-dua mereka bersetuju membayar RM1,500 seorang kepada Adam.
Norman dan Firdaus didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyerang Chew pada 26 Februari, semasa pertengkaran yang berlaku sewaktu protes membantah loji Lynas di Gebeng yang dianjurkan oleh kumpulan alam sekitar, Himpunan Hijau.
Denda yang kena dibayar di bawah Seksyen 260 (1) dan (5) Kanun Prosedur Jenayah dan merupakan satu pembebasan.
Adam kini merupakan pembantu peribadi kepada ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu.
Adam - yang berhenti bertugas dengan Kwong Wah pada bulan April - bersetuju dengan penyelesaian tersebut dan menerima wang itu di mahkamah, berkata beliau akan menyumbangkannya untuk membiayai perbelanjaan perubatan seorang kanak-kanak.
Ditanya sama ada dia menuntut permohonan maaf dari Norman dan Firdaus juga, Adam berkata dia tidak akan memaafkan mereka kerana memanggilnya dengan nama rasis seperti 'Cina babi' semasa pertengkaran tersebut.
"Saya tidak menyetujuinya kerana wang tetapi kerana dengan menyelesaikan di luar mahkamah, mereka mengakui kesilapan mereka," kata Adam. -END
INGAT! Umno parti lanun!
'United Myanmar Nepal Organization'
No comments:
Post a Comment