27 July 2012

Puasa ajar erti kemanusiaan, kata Chin Wen

CHIN Wen bersama warga JKKK
TUJUH Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) sekitar DUN Bukit Tengah, Pulau Pinang diraikan dalam satu majlis berbuka puasa malam tadi.

Ong Chin Wen
ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen berkata, beliau berminat dengan falsafah di sebalik kewajipan berpuasa yang ditempuhi oleh umat Islam dengan penuh sabar dan takwa.

"Puasa adalah suatu amalan yang mengajar kita erti kemanusiaan. Umat Islam yang kaya pun wajib berpuasa untuk merasai pengalaman lapar dan dahaga sahabat-sahabat seagamanya di bulan yang mulia ini.

"Sebuah kerajaan pun perlu menghayati keluh kesah rakyat di bawah ini. Sebab itu, pelbagai program emas seperti RM100 untuk warga emas, ibu tunggal OKU (orang kelainan upaya), 'Pelajar Emas' diberikan tiap-tiap tahun," ujar beliau di Pusat Khidmat Rakyat DUN Bukit Tengah, Bukit Tengah.

Haji Bahrain.
Turut hadir Yang DiPertua PAS Cawangan Kebun Sireh, Haji Bahrain dan Setiausaha JKKK setempat, En. Zahir.

Dalam perkembangan yang sama, Chin Wen mengumumkan Majlis Bersahur Bersama Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman pada Ahad, 12 Ogos 2012, jam 4 pagi di Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah.

"Semua dijemput hadir untuk sama-sama dengan Datuk Mansor awal pagi itu," kata beliau.

Simbol pemimpin umat Islam setempat dihargai.
En. Zahir (kiri) bersama rakan seperjuangan.

No comments:

Post a Comment