20 July 2012

PRU13 selepas hancurnya persepakatan dalam Pakatan Rakyat?



Anuar Omar 
Mantan Ketua Waratawan Sinar Harian Utara

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, tidak akan membubarkan Parlimen jika Pakatan Rakyat berada dalam keadaan kuat. Beliau memilih masa yang sesuai iaitu hancurnya persepakatan dalam PR untuk mengadakan PRU 13.

Mengambil contoh PRU 12, pada ketika itu PR berada dalam keadaan kuat dimana semua isu yang membabitkan perpaduan diselesaikan dengan baik sehingga mencapai kejayaan yang diluar jangkaan.

Jadi, Najib tidak akan membiarkan perkara tersebut berulang dan sabar menunggu kehancuran perpaduan dan persepakatan dalam Pakatan Rakyat sebelum meniup semboyan peperangan PRU 13.

Buktinya, bibik-bibik perpecahan dalam PR semakin teserlah sejak akhir-akhir ini terutamanya di negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat kerana ini adalah antara strategi yang dilakukan oleh Umno/BN untuk menumbangkan Pakatan.

Di Kedah, banyak keputusan yang dilakukan Kerajaan Negeri mendapat tentangan hebat dari rakyat dan ahli parti PR sehinggakan dua orang Exco Kerajaan Negeri enggan menerima semula perlantikan Exco.

Malah, lebih parah apabila ramai ahli dan pimpinan Pas dikatakan sudah ‘hilang kepercayaan’ kepada Menteri Besar merangkap Pesuruhjaya Pas Negeri. Selain, hilangnya semangat Pakatan antara Pas-PKR-DAP.

Jadi, agen-agen Umno dalam Pakatan sentiasa mencari peluang untuk menghakis kepercayaan kepada pemimpin dengan melakukan dasar dan keputusan yang bertentangan dengan aspirasi rakyat dan PR.

Mereka yang terlibat ini juga dikatakan memegang jawatan besar dalam pentadbiran negeri dan boleh membuat keputusan tanpa persetujuan Menteri Besar ataupun Exco Negeri.

Terbaru, kes pembelian 500 ribu unit saham FGVH oleh PKNK mengambarkan aspirasi Pas Pusat dan Rakyat tidak dihiraukan oleh Kerajaan Negeri yang ironinya menampakan keuntungan semata-mata.

Di Pulau Pinang, agen-agen Umno cuba melaga-lagakan pemimpin PR. Mereka ini yang masih ‘berkeliaran’ dalam PR cuba menimbulkan provokasi terhadap pemimpin dan Exco Kerajaan Negeri.

Malah, ada juga pemimpin bawahan PR cuba mensabotaj parti dengan mengadakan program yang bertentangan dengan dasar PR seperti tarian k-pop yang menjadi isu besar suatu ketika itu.

Terbaru, PKR Cabang Kepala Batas sekali lagi cuba melaga-lagakan PAS-PKR dengan menjemput bekas Pengerusi Dewan Himpunan Pas Kepala Batas dan menghentam pimpinan Pas dalam program Makan Malam anjuran cabang itu 14 julai lepas di Dewan Cina Kepala Batas itu.

Masalah itu menimbulkan ketidak-puasan hati dikalangan ahli Pas kepada penganjur yang juga PKR Cabang Kepala Batas. Hal ini mengeruhkan hubungan diantara ahli Pas dan PKR di Parlimen Kepala Batas.

Kemumculan KMPP atau Kongres Melayu Pulau Pinang yang dikaitkan dengan kumpulan Melayu dalam DAP juga tidak habis-habis menyerang Exco Melayu Pulau Pinang dengan hasrat dapat bertanding di beberapa kerusi Melayu antaranya Batu Maung dan Pantai Jerejak.

Banyak lagi isu dan kes yang cuba ditimbulkan oleh agen-agen Umno dalam PR untuk memecah-belahkan persepakatan diantara Pas, PKR dan DAP di Pulau Pinang. Malah, gerakan ini dipelopori oleh bekas pemimpin tinggi dalam Pas dan PKR sendiri.

Di Selangor, isu perpecahan diantara ‘team’ Menteri Besar dan ‘team’ Azmin Ali sendiri dilihat mencacatkan lagi usaha menyatupadukan PR dalam menentang Umno/BN pada pilihanraya umum akan datang.

Mujurlah, Dr Hassan Ali berjaya ‘disingkirkan’ oleh kepimpinan Pas Selangor. Jika tidak, maka keadaan akan bertambah tegang dengan karenah yang bermacam-macam. Perletakan jawatan oleh Rafizi Ramli dan Latifah Koya juga menampakan perpecahan yang mula ‘berbekas’.

Selain itu, isu segelintir pemimpin PKR Selangor yang ligat mengejar tender dan projek juga dilihat telah membangkitkan kebencian dikalangan ahli dan rakyat. Perangai lama Umno itu dilihat makin rancak di Selangor.

Di Kelantan, walaupun tidak banyak isu perpecahan digembar-gemburkan oleh media Umno, namun kebanyakkan ahli Pas mengetahui bahawa kumpulan ‘rakan kongsi’ Umno sedang merancang menjahanamkan masa depan politik Husam Musa.

Husam dikatakan akan diletakan di Parlimen Gua Musang oleh kumpulan ‘rakan kongsi’ Umno pada pilihanraya umum akan datang supaya ianya dapat ‘membunuh’ terus karier politik beliau.

Kumpulan ‘rakan kongsi’ Umno di Kelantan agak kuat, masakan tidak, ada dikalangan mereka yang meraih tender berjuta ringgit dalam usaha mereka ‘menyokong’ Kerajaan Perpaduan suatu ketika dulu.

Justeru, kepimpinan Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim, Hj Hadi Awang dan Lim Guan Eng harus mencari formula untuk ‘menyekat’ kumpulan tersebut dari terus melakukan propaganda dengan menyerang Pakatan dari dalam.

Najib hanya menunggu masa dan saat yang benar-benar genting dan kritikal dalam Pakatan, dan pada masa itu Parlimen akan dibubarkan seterusnya atas perpecahan ini, Umno dan Barisan Nasional akan kembali memerintah.

Perpecahan dan kehancuran persepakatan diantara parti-parti Pakatan Rakyat memudahkan Umno/BN memenangi PRU 13 seterusnya merampas kembali negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.

Jadi, sebelum PR menumbangkan umno/BN dalam PRU 13 ini, Pakatan mesti terlebih dahulu menumbangkan ‘agen-agen’ Umno dalam parti masing-masing. Perhatian yang serius dapat ‘melancarkan’ perjalanan Pakatan ke Putrajaya tanpa sekatan.


Artikel berkaitan:
Siapa taja JKKK (P) Umno ‘Kursus’ di Luar Negara?
Kumpulan ‘Rakan Kongsi’ UMNO dalam Pas masih wujud?

No comments:

Post a Comment