16 July 2012

Muhyiddin cadang PRU13 tahun ini untuk bantu Dr.M 'selamatkan' Petron?

Gambar hiasan
TiDAK mungkin Pilihan Raya Umum ke-13 akan diadakan pada tahun ini seperti yang dicadangkan oleh Muhyidin Yassin.

Sumber pejabat Timbalan Perdana Menteri yang diteroka berpendapat, cadangan itu mungkin sekadar mengusik moral Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tentu ada motif di sebalik itu semua. Takkan timbalan perdana menteri bercakap dulu baru berfikir?

Sumber berkata, Muhyiddin mungkin sedang melorong peluang mendekati kerusi perdana menteri semasa Najib dijerut dengan pelbagai skandal seperti Scorpene dlll belakangan ini.

Mungkin sebab itu juga, Muhyiddin berkata, tahun ini masa paling baik adakan PRU13.
"Saya tak fikir ia akan berlarut sehingga tahun depan tahun 2013, wallahua'lam. Tetapi itu terpulang kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Tapi saya bagi tahu, saya kata yang paling baik adalah tahun inilah.
 
"Sekarang sudah hendak masuk bulan puasa (Ramadan). Ada orang tanya apakah bulan puasa nak diadakan pilihan raya? Saya kata apa salahnya. Bulan raya (Aidilfitri), apa salahnya. Selepas itu sambutan Hari Kebangsaan (31 Ogos), apa salahnya. Masuk September (sambutan) Hari Malaysia. Bila dah sampai waktu, maka jadilah ia (pilihan raya)," katanya di Malaysiakini.com.
Semua kita tahu bahawa Tun Dr Mahathir sendiri sebelum ini telahpun memberi cadangan kepada Najib supaya memanfaatkan sebaik mungkin mandat menjadi kerajaan pusat sehingga Mac tahun depan.

Najib mengambil nada yang sama dengan Dr Mahathir kerana apa yang diluahkan Dr Mahathir seakan dituruti oleh perdana menteri sekarang.

Namun sekarang, mengapa Muhyiddin pula meluahkan pendapat yang berbeza dengan Dr Mahathir sendiri sekarang ini?

Selalu kita dengar Muhyiddin memberi pendapat berbeza dengan Najib. Itu, lumrah yang biasa bagi orang nombor dua dengan orang nombor satunya.

Muhyiddin pernah beberapa kali mempersoal konsep 1Malaysia yang dipopularkan oleh Najib demi servival akar umbi Umno sebelum ini.

Itu bukan biasa. Itu luar biasa bagi seorang "perdana menteri dalam penantian".

Sumber di pejabat Timbalan Perdana Menteri berkata, itulah kehebatan Muhyiddin dan Dr Mahathir.

Muhyiddin nampak seperti ke Selatan walhal Mahathir ke Utara.

Najib sendiri sedar hakikat ini akibat kerap kali diberitahu bahawa beliau bakal senasib dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi aka Pak Lah, iaitu dianggap liabiliti pada Umno dan Barisan Nasional kelak selepas pilihan raya umum kelak.

Ada perkara lain sebenarnya berlaku di sebalik semua ini.

Khabarnya, Petron yang dikaitkan dengan anak Dr Mahathir sedang mengalami dibelenggu krisis kewangan serta dijangka menemui kegagalan seperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Banyak faktor di sebalik masalah Petron. Salah satu masalahnya adalah suntikan dana RM830 juta ditarik balik oleh CiMB Bank Bhd.

Semua kita tahu, adik Najib bernama Nazir Razak memegang kepentingan terbanyak dalam bank swasta itu.

Kalau tidak kerana CiMB ini milik adik perdana menteri, mungkin tidak berlaku komplikasi politik sebegini.

Untuk memahami isu Petron ini, sila baca Lagi projek berdepan kerugian bilion ringgit ala PKFZ.

Tindakan Muhyiddin mencadangkan PRU13 diadakan pada tahun ini sebenarnya sekadar mendorong Najib untuk membantu Dr Mahathir menyelamatkan Petron dari menyembah bumi seperti skandal PKFZ. -END

SEBARKAN!

No comments:

Post a Comment