26 July 2012

Kempen Aman Malaysia,‘Saya Pilih Mengundi’ cuba tutup penyelewengan SPR.


Anuar Omar
Mantan Ketua Waratawan Sinar Harian Utara 

PERDANA Global Peace Foundation (PGPF) kumpulan yang menaja keamanan dunia sekali lagi tampil membuat kejutan dengan mengadakan Kempen Aman Malaysia, ‘Saya pilih mengundi’ di media-media massa di Negara ini menjelang PRU 13.

Kumpulan sama yang menaja keamanan Palestin dan Tribunal Jenayah Perang Amerika Syarikat ke atas Iraq dan Afgahanistan itu juga dikatakan sedang berusaha menyakinkan rakyat supaya menolak politik jalanan dan demonstrasi yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

PGPF yang dinaungi oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed itu mahukan rakyat menolak ‘budaya demonstrasi’ seterusnya memilih cara mengundi yang lebih aman di Negara ini.

Kempen iklan tersebut juga menunjukkan bahawa ‘budaya demonstrasi’ yang dibawa Paktan Rakyat bukan budaya kita dan harus ditentang oleh semua lapisan masyarakat.

Persoalannya, Adakah sistem pilihanraya Negara kita bersih dari penipuan dan penyelewengan? Adakah sistem pilihanraya Negara kita adil keatas semua pihak? Dan Adakah sistem pilihanraya Negara kita diyakini rakyat?

Jawapannya, tidak. Sistem pilihanraya kita penuh dengan penipuan dan penyelewengan. Sistem Pilihanraya kita hanya berat kepada parti pemerintah dan rakyat tidak sesekali mempercayai sistem pilihanraya Negara kita.

Justeru, rakyat perlu mengambil langkah supaya sistem pilihanraya kita menjadi bersih dari penipuan dan penyelewengan seperti di Mesir, Tunisia, Libya dan beberapa Negara arab yang lain.

Rakyat yang sayangkan Negara tidak mahu Negara hancur di tangan pemerintah yang rakus membolot kekayaan Negara sehingga menjadikan Negara muflis dan rakyat hidup dalam keadaan melarat.

Justeru, rakyat bangun melawan penipuan dan kezaliman pemerintah yang dilihat semakin hari semakin menjadi-jadi. Malah, jika terus dibiarkan Negara akan bangrap ‘dikerjakan’ pemerintah dan kroni-kroninya.

Justeru, adakah salah rakyat menuntut hak mereka yang tidak dipandang oleh pemerintah sebelum ini. Rakyat mahukan hak mereka memilih pemimpin dengan adil dipandang serius oleh pemerintah.

Oleh sebab, lapan tuntutan mereka tidak dilayan oleh pemerintah, Rakyat membuat keputusan untuk keluar ke jalan raya suapaya tuntutan dan suara mereka didengari pemerintah.

Rakyat hanya memohon pilihanraya yang bersih dan adil daripada pemerintah. Rakyat bukan minta wang, harta, atau pangkat. Rakyat memohon dibersihkan sistem pilihanraya kita supaya pemerintah tidak tipu rakyat lagi.

Penulis bawakan satu perumpamaan, jika kita melihat rumah jiran kita dimasuki pencuri. Seperti kelaziman, kita akan melaporkan kepada pihak polis. Jika polis tidak bertindak, adakah kita akan terus melihat rumah jiran kita dirompak tanpa kita melakukan apa-apa tindakan?

Tentulah tidak, kita akan berusaha menghalang pencuri itu daripada merompak rumah jiran kita.Kecuali kita seorang yang dayus dan penakut, kita akan membiarkan pencuri itu ‘mengerjakan’ rumah jiran kita.

Malangnya, rakyat yang ingin mempertahankan negaranya dituduh petualang dan pengkhianat. Slogan sama yang dilaungkan keatas nasionalis yang menentang British sebelum 1957.

Secara dasarnya, rata-rata rakyat mahukan keamanan dan kedamaian. Tetapi apabila keamanan mereka ‘diragut’ pemerintah, mereka terpaksa bangun melawan bagi mendapatkan hak mereka kembali.

Jadi, sistem pilihanraya perlu dibersihkan dengan sebersih-bersihnya sebelum Pilihanraya Umum diadakan. SPR mesti bertanggungjawab sepenuhnya jika rakyat turun ke jalanraya buat kali keempat menuntut pilihanraya adil dan bersih.

PGPF yang mengadakan kempen ini dilihat sebagai ‘alat’ untuk menuntup penyelewengan dan penipuan SPR. PGPF seharusnya mengadakan kempen kesedaran menolak politik kotor dan jahat.

Penulis percaya, rakyat yang cerdik memang susah untuk ditipu oleh kumpulan yang ‘kurang cerdik’ kerana lambat-laun penipuan tersebut akan dibongkar oleh rakyat yang cerdik.

Artikel berkaitan:

No comments:

Post a Comment