03 June 2012

Empat elit negara dalang skandal Forex RM30b?

ANWAR berucap di depan lebih 200 hadirin.
EMPAT nama elit politik tanah air disebut-sebut sebagai dalang utama di sebalik skandal judi tukaran mata wang asing (forex) yang melenyapkan lebih RM30 bilion hampir 20 tahun lepas. 

Bekas timbalan pengurus operasi Bank Negara Malaysia (BNM), Dr. Rosli Yaakop semalam mendedahkan, mereka yang dimaksudkan adalah bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, Tun Daim Zainuddin (bekas menteri kewangan), Tan Sri Jaafar Hussein (bekas Gabenor BNM), Tan Sri Nor Mohamed Yackop (bekas Ketua Jabatan Perdagangan Mata Wang di Bank Negara merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri). "Kewajipan Bank Negara sebenar adalah melindungi dan mengukuhkan nilai ringgit (RM), bukan berjudi ringgit dalam pasaran forex dengan (spekulator mata wang) George Soros. 

Rosli Yaakop
"Tuan adalah Mahathir dan Daim, manakala (almarhum) Jaffar dan Nor (Mohamed) telah diberikan kerja-kerja kotor untuk berjudi. 

"Saya fikir dia (Nor Mohamed) adalah satu cubaan yang sengaja untuk membuat wang untuk orang-orang tertentu (dalam UmnoO dengan menjadikan Bank Negara sebagai babi tunggangan," ujar beliau dalam forum 'Skandal Forex Bank Negara: Apabila Kerajaan Menjadi Spekulator' di Dewan Sri Pinang, George Town.

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini merupakan turut tampil sebagai panelis forum. Bekas pengurus bank pelaburan, Julian Candiah bertindak sebagai moderator. 


Kapsyen: DARI KIRI: Dr. Rosli Yaakop, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari dan Julian Candiah bergambar selepas selesai forum 'Skandal Forex Bank Negara: Apabila Kerajaan Menjadi Spekulator'.

Rosli berkata, BNM terlibat dalam aktiviti judi mata wang Pound British lama bersama pemain utama Forex, Soros pada tahun 1992. 

Tambahnya, Dr. Mahathir semasa menjadi perdana menteri dilihat sengaja mencipta sentimen kebencian kepada Soros demi menutup penyelewengan yang dilakukan oleh elitis politik negara. 

Dianggarkan kerugian BNM hampir USD5.5 bilion dan Soros berjaya memperoleh USD1.7 bilion dari angkat itu semasa nilai Pound dinilai semula. BNM bagaimanapun berdalih bahawa kerugian itu hanya "rugi wang kertas" berjumlah RM9.3 bilion apabila skandal tersebut mulai diletupkan dalam lanskap politik tanah air. 

Tidak cukup dengan itu, BNM kemudiannya pernah mendakwa, mereka rugi RM10.1 bilion pada tahun 1992 dan RM5.7 bilion pada tahun berikutnya. 

Pun begitu, Rosli mendedahkan, pakar ekonomi menganggarkan BNM rugi antara USD27 bilion hingga USD33 bilion, iaitu lima kali lebih tinggi daripada seluruh rizab aset luar negara tahun 1992 yang berjumlah USD20.7 bilion. 

"Perjudian (forex) yang normal adalah USD1 juta atau USD5 juta atau USD10 juta tetapi Bank Negara berjudi sangat banyak (iaitu) antara RM50 juta (hingga) USD 1 bilion dalam sehari. 

"Tetapi ia (skandal) jatuh ke telinga pekak dan hasilnya, bank menanggung lebih banyak kerugian pada tahun 1993. 

"Dia (Anwar) hanya dapat menghentikan pendarahan sahaja," katanya. 

Lanjutan itu, Anwar diminta menjelaskan skandal tersebut dengan lebih terperinci memandangkan beliau mula dilantik menjadi Menteri Kewangan sejak awal 1990-an. 

Anwar berkata, pihaknya pernah menyiasat skandal tersebut dengan bantuan seorang kenalan wartawan yang berpengkalan di Zurich. 

Hasil siasatan dalaman itu, Nor Mohamed kemudiannya dipaksa meninggalkan BNM pada 10 Julai 1994 demi menghentikan perjudian mata wang (forex) selain memperbaiki kedudukan ringgit. 

Beliau turut memberi isyarat bersetuju dengan cadangan Rosli untuk membuka kembali skandal tersebut hatta menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sekiranya Pakatan Rakyat menerima mandat menubuhkan kerajaan pusat selepas pilihan raya umum ke-13 nanti. 

Sebelum pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng menyampaikan ucapan alu-aluan di depan lebih 200 hadirin. Manakala, Zairil Khir Johari pula berucap mewakili penganjur, iaitu Penang Institut. -END

No comments:

Post a Comment