19 March 2012

Politik fitnah Anwar yakinkan Umno rampas Permatang Pauh?

Umno yakin mampu merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Keyakinan itu mungkin bertitik tolak dari politik fitnah saban hari melalui media arus perdana yang ditujukan khusus kepada Anwar.

Justeru, Pengerusi Bahagian Umno Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berdalih, perubahan di parlimen tersebut akan berlaku berdasarkan maklum balas positif yang diterima oleh Umno.

"Maklum balas yang kita terima berbeza, ada sesetengah daripada mereka yang kita lihat hendak beritahu sesuatu berdasarkan gerak tubuh yang ditunjukkan dan itu satu perkembangan yang positif.

"Justeru, bagi menarik sokongan lebih ramai pengundi, kita akan memperbanyakkan aktiviti di kawasan hitam dan kelabu kerana kawasan kelabu ini kebanyakan pengundinya adalah golongan atas pagar.

"Kita mahu putihkan kawasan kelabu dan kelabukan kawasan hitam," ujarnya dalam takliman Gelombang Biru Pilihan Raya Umum Ke-13 di Permatang Pauh.

No comments:

Post a Comment