20 March 2012

Nur Fatiha diculik, Hishammuddin bisu

Siti Nur Fatiha Mahadi, 15 merupakan kes penculikan terbaru sungguhpun Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berdalih bahawa Malaysia merupakan negara paling selamat di Asia Tenggara.

PenangInsight.com melaporkan, dadis sunti itu dipercayai diculik dekat rumahnya di Kuantan oleh dua lelaki dan seorang wanita yang tidak dikenali.

"Tolong kakak, tolong Baby..." itulah jeritan terakhir yang didengar oleh dua beradik mangsa waktu ke Kedai.

Menurut satu sumber, anak sulung kepada pasangan Mahadi Muda, 40, dan Nor Mala Mohd Lazin, 33, dipercayai pergi ke kedai yang jauhnya kira-kira 100 meter dari rumah untuk membeli kad pra bayar.

Mangsa ditemani dua adiknya, Muhamad Syahmi Aiman dan Siri Nurul Aishah.

"Saya dan Syahmi cuba membantu menarik kakak, tapi tak terdaya dan nyaris tersepit di pintu kereta, sebelum mendengar jeritan meminta tolong daripada kakak, sebelum kereta itu memecut pergi.

"Kami berdua terus pulang ke rumah dan memberitahu kejadian yang menimpa kaka kepada ibu," ujar Aishah.

Setakat ini, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno masih membisu. -END

No comments:

Post a Comment