19 March 2012

Menteri Umno akui hubungan Najib Razak, Israel?

MENTERI Umno akhirnya mengakui bahawa Malaysia mempunyai hubungan perdagangan dengan Israel.

Pengakuan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed hari ini sekaligus mendedahkan penipuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selama ini.

"Tapi, itu bukan bermakna kita (kerajaan Umno Barisan Nasional pusat) mengiktiraf negara tersebut.

"Sebagai sebuah negara Islam, kita tidak iktiraf Israel kerana ia menindas rakyat Palestin. Namun, kita tidak pernah sembunyi kita ada menjalankan perniagaan dengan negara itu," Mustapa berdalih.

Lebih sebulan lepas, pentadbiran Najib dilihat enggan mengulas mengenai kapal Israel berlabuh di Pelabuhan Kelang seperti yang didedah NGO mesra PKR bernama Jingga 13.

Pentadbiran Najib turut dilihat mengelak dari mengulas mengenai Malaysia membekalkan minyak sawit Felda dan Sime Darby ke negara haram tersebut.

Isu tiga surat bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menjalinkan hubungan dengan tiga perdana menteri Israel yang didedah turut tidak direspons oleh pentadbiran Najib.

Selepas begitu banyak pendedahan mengenaik hubungan Najib dengan Israel, Mustapa baru membuat pengakuan.

Bagaimana dengan kejujuran Najib sendiri?

No comments:

Post a Comment