19 March 2012

AMK cabar Najib ambil cuti, kempen rampas Selangor

DATUK Seri Tun Razak (atas) bukan sahaja dicabar mengambil cuti sebagai perdana menteri lalu berkempen bagi merampas Selangor dari Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Malah, Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini turut mencabar perdana menteri itu supaya ikhlas dalam politik dengan berhenti dari membohongi rakyat kononnya kononnya Kerajaan Negeri Selangor menolak permohonan Umno Barisan Nasional untuk menempah dewan di negeri berkenaan.

"Najib Tun Razak bukan sahaja tidak menunjukkan bukti sewa dewan ditolak atau dihalang, malah cuba untuk mengaut simpati daripada pengundi bahawa UMNO/BN dibuli oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor," kata ketua penerangannya Lee Khai Loon.

Menurut beliau, adalah mustahil Pakatan Rakyat Selangor boleh bertindak sedemikian memandangkan kuasa yang dilihat ada pada seorang perdana menteri boleh berkempen di mana-mana sahaja termasuk di Selangor.

Ditambah dengan beberapa insiden pemuda Umno menyerang beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat, beliau berkata, adalah mustahil pemimpin Umno dibuli oleh mana-mana pihak di Selangor.

"Banyak perhimpunan dan ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat telah mengalami kacau ganggu daripada politik samseng yang ganas.

"Contohnya kereta Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Anwar Ibrahim yang dilempar batu dan dirosakkan sekumpulan samseng semasa beliau berucap di Johor (manakala) Naib Presiden (PKR) Nurul Izzah juga nyaris-nyaris dipukul semasa berucap di Pahang," ujarnya.

Justeri, AMK melahirkan rasa kecewa dengan sandiwara Najib kononnya membawa tranformasi politik di tanah air ini serta mengajak rakyat menolak kezaliman Umno BN dalam pilihan raya umum kelak. -END

No comments:

Post a Comment